2015年6月24日星期三

Kod tajuk: BBM1 PERLINDUNAGN(INSURANS)



 Seperti yang kita sedia maklumi,kita sering mendengar pelnagai jenis polisi insurans yang dotaearkan tanpa benar-benar memahami ciri-ciri serta skop perlindunagn tersebut.Terdapat 2 jenis insurans perlindungan iaitu insurans hayat dan insurans am,merupakan dua polisi yang berbeza dan melindungi aspek-aspek yang berlainan dalam kehidupan anda.
         
Pertama,apakah insurans hayat? Insurans perlindungan adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang kepada pemegang polisi atau penama sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi, seperti kematian. Perlindungan ini juga ditawarkan dalam bentuk pelan takaful keluarga,sebuah pelan perlindungan untuk anda dan keluarga yang berlandaskan prinsip Syariah.Lazimnya,tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih dari setahun.Ini bermakana bayaran premium secara  berkala,sama ada bulanan,suku tahunan perlu dijelaskan.

Antara risiko perlindungan insurans hayat ini adalah kematian dalam tempoh polisi,pendapatan semasa persaraan,penyakit atau hilang upaya.
        
Sebaliknya,apakah perlindunagan insurans am? Untuk pengetahuan anda,insurans am merupakan polisi insurans yang melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung, selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat.Untuk perlindungan yang menyeluruh,anda perlu memahami risiko yang dilindungi insurans dan untuk memastikan anda dan keluarga terpelihara daripada kejadian yang tidak diduga.
Misalnya,tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun yang memerlukan ada membayar premium secara sekali gus.

Antara risiko perlindungan insurans am adalah kerugian harta benda,contohnya kecurian kereta atau kebakaran rumah,liability yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda,dan juga kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan.